Cetusan Revolusi

Peralihan Kuasa 2009. Adakah mereka berjaya menawan hati rakyat?

April 12, 2009 · Leave a Comment

Sekembali saya dari bumi Australia Barat, saya fikir rakyat sekalian tahu tentang peralihan kuasa antara Tun Abdullah (Bekas PM) kepada Dato’ Seri Najib . Namun rata-rata golongan muda mahupun tua tidak ambil kisah langsung tentang hali ini. Pelik? Ini merupakan suatu acara besar untuk negara kita Malaysia.

What has happened actually? What is wrong with our people? Are they living in denial everyday? I am so sad with our people.  They hate with the political situation of Malaysia.

Jawapannya ada pada pemimpin-pemimpin kita yang masih di takuk lama. Menurut akhbar-akhbar tempatan perlantikan kabinet-kabinet baru merupakan suatu langkah yang bijak oleh PM kita. Tetapi pada hakikatnya barisan kabinet kita penuh dengan muka-muka rasuah dan kebanyakan mereka masih mengamal budaya politik perkauman.

Maka sebab itu, rakyat tidak ambil peduli langsung tentang PM baru, mahupun kabinet baru. Lebih baik rakyat memikirkan tentang kabinet dapur dan peti ais yang perlu di isi setiap minggu untuk stok makanan seminggu. Saya tertarik dengan kata-kata adik saya yang pulang ke rumah hujung minggu dan bertanyakan ‘ sekarang ini masih Pak Lah ke perdana menteri?’. Nah, sehinggakan perkara ini boleh terjadi disebabkan rakyat mual dengans sikap kerajaan yang mahu menutup pekung di dada.

Mengapa media Malaysia perlu menyelindung berita yang benar daripada rakyat? Apa benar kerajaan Malaysia mengamalkan sistem jajahan kepada rakyat? Sibuk kita laungkan kata-kata demokrasi tetapi hakikatnya RAKYAT MALAYSIA DIJAJAH ORANG SENDIRI? Memang bodoh jika mereka percaya bulat-bulat dengan akhbar-akhbar yang kononya menjadi penyebar fikiran rakyat.

Rakyat sekarang tidak BODOH! Rakyat sudah celik dengan pembohongan-pembohongan pemimpin-pemimpin kita. Hari ini, di dalam akhbar, Timbalan Perdana Menteri menyeru rakyat supaya rakyat percaya pada kabinet yang baru ditubuh. Rakyat boleh percaya tetapi mereka masih di takuk lama dan ini membuatkan rakyat ragu-ragu. Yang kaya tetap kaya, yang miskin tidak terbela. Apakah itu matlamat kabinet baru? Lebih baik buat kabinet dapur sahaja.

“Hari ini, di dalam akhbar, Timbalan Perdana Menteri menyeru rakyat supaya rakyat percaya pada kabinet yang baru ditubuh. Rakyat boleh percaya tetapi mereka masih di takuk lama dan ini membuatkan rakyat ragu-ragu.”

Situasi di Perak cukup jelas dengan kemenangan parti pembangkang di dalam Pilihan Raya kecil baru-baru ini. Mesej yang di sampaikan sangat jelas sejelas-jelasnya. Mereka memperkecilkan parti pembangkang dan sanggup menubuhkan kerajaan haram perak yang baru. Mesej rakyat jelas supaya Perak kembali pulih dan dewan undangan negeri dibubarkan atas dasar demokrasi yang kita amalkan.

‘Mesej rakyat jelas supaya Perak kembali pulih dan dewan undangan negeri dibubarkan atas dasar demokrasi yang kita amalkan’

Rakyat masih tidak tertawan dengan sikap kerajaan yang ‘double standard’. Dasar setiap kementerian tidak menyeluruh dan tiada ketetapan yang kukuh dan utuh. Mana mungkin Malaysia boleh berjaya seperti Jepun, Korea dan lain-lain yang dahulunya di bawah Malaysia. Kita sekarang ketika ini berada pada paras bawah. Kestabilan politik kita longgar dan ini akan sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi kita yang semakin hari semakin teruk dek kerana pemimpin-pemimpin kita hanya tahu bermain politik an tidak melaksanakan tugas dengan baik.

Jika benar mereka telus dan jujur dalam memperjuangkan rakyat, setiap keputusan yang dibuat mesti dibuat untuk agama, negara dan rakyat sekalian. perlaksanaan dasar bukan dibuat dengan sehari dua, tetapi pemimpin perlu duduk semeja dengan pakar-pakar ekonomi, jurutera, doktor dan semua pakar yang ada bagi membuat dasar. Bukan hanya mahu membuat keputusan untuk mengaut keuntungan sendiri (contohnya kenaikan Tol berganda setiap tahun).

Rakyat mahukan pembelaan dan rakyat mahukan pemimpin yang boleh memberi harapan yang baik untuk mereka.

Cetusan Revolusi!

12 April 2009

Categories: Revolusi Malaysia

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment