Assalamualaikum w.b.t
Selamat kepada semua!
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan dan warga Malaysia di perth kerana selama pengajian saya di sana, anda juga merupakan salah seorang yang boleh menjadikan saya berjaya sehingga hari ini.
Terima Kasih saya ucapkan! Saya cukup berbesar hati dengan rakan-rakan di Perth kerana selama kita di sana kita ibarat sebuah keluarga dan sering berjumpa setiap kali adanya majlis makan-makan yang cukup tidak asing buat pelajar-pelajar malaysia yang ’solo’ mahupun ‘dolo=yang tak solo la’.
Jadi, kepulangan saya tempoh hari memang rasanya di jangka oleh setiap rakan-rakan saya , cuma saya tidak dapat berjumpa dengan sekalian warga malaysia di Perth untuk mengucapkan selamat tinggal. Terutamanya Aunty-aunty yang baik hati ( Aunty Muni, Aunty Mimi, Aunty Hamida dan lain-lain). Jikalau ada rakan-rakan saya berjumpa pada mereka kirim salam sayang pada mereka.
Harap kita akan berjumpa kelak di kemudian hari. Saya menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita berkawan. Saya juga mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan anda selama saya di bumi Perth.
TERIMA KASIH semua!
Salam dari Malaysia,
Saufi Karim
12th April 2009
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.