Cetusan Revolusi

Ulangtahun ke-24: Ucapan Terima Kasih

June 21, 2009 · Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Sejahtera / Greetings to all,

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang memberi ucapan ulangtahun kepada saya tak kira melalui bualan telefon,’text messaging (sms)’, e-mail, kad dan juga facebook.

21062009844

‘Kad ulangtahun daripada seorang bapa yang sentiasa menjadi contoh terbaik- Happy Father’s Day to my dad Karim Ejang’

Ucapan yang saya kira cukup bermakna untuk diri saya yang kerdil ini yang mana kesemua ucapan itu saya sulami dengan memanjatkan perasaan syukur saya kepada yang Maha Besar Allah s.w.t yang telah memberi nimat dan rezeki kepada saya. Saya juga mendoakan yang terbaik buat kalian semua yang mendoakan kesejahteraan saya.

‘jutaan terima kasih buat keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang memberi ucapan ulangtahun kepada saya tak kira melalui bualan telefon,’text messaging (sms)’, e-mail, kad dan juga facebook’

Terharu juga dengan sambutan sederhana di pejabat pada jumaat yang lepas. Cukup memberikan semangat tinggi dalam melakukan kerja-kerja sehabis baik. Saya berharap dengan semangat setiakawan sama-sama kita tonjolkan dapat menjadikan hasil kerja kita semua suatu yang bermakna untuk agama dan negara.

Tidak ketinggalan, warga Perth yang menghubungi saya dan memberikan ucapan ringkas dalam ’sms’. Terima Kasih Linda, Pojoe dan Poknik yang mengucapkan selamat ulangtahun di iringi irama dan lagu. Tidak ketinggalan ucapan daripada rakan-rakan Perth yang lain.

Ini secara tidak langsung mengingatkan saya tentang zaman muda yang saya harungi selama 24 tahun yang saya fikir zaman muda saya masih belum cukup lagi digunakan untuk agama dan negara. Zaman muda inilah patut saya curahkan dan kita semua gunakan untuk menyeru kepada kebaikan dan juga menegah kepada kejahatan.

’saya fikir zaman muda saya masih belum cukup lagi digunakan untuk agama dan negara,…Zaman muda inilah patut saya curahkan dan kita semua gunakan untuk menyeru kepada kebaikan dan juga menegah kepada kejahatan’

Zaman muda ini juga kita gunakan untuk mengurus tadbir organisasi dan negara dengan sebaik-baiknya berlandaskan agama yakni sistem keadilan untuk semua. Tidak guna kita bermusuhan antara satu sama lain dan tidak guna juga kita bersekongkol dengan mereka yang tidak mahu menerima kebaikan. Apa yang di ajar Rasulullah ialah dengan berdoa supaya mereka mendapat hidayah.

‘Tidak guna kita bermusuhan antara satu sama lain dan tidak guna juga kita bersekongkol dengan mereka yang tidak mahu menerima kebaikan. Apa yang di ajar Rasulullah ialah dengan berdoa supaya mereka mendapat hidayah’

Oleh sebab itu, pentingnya dalam sikap berhikmah dan berakhlak yang mulia. Sempena ini, saya ingin membawa diri saya dan anda semua pada zaman nabi dan para sahabat. Setelah nabi wafat, Saidana Abu Bakar As-Siddiq bertanyakan kepada anakandanya, Saidatina Aisyah r.a. amalan Rasulullah yang belum dia lakukan. Kata Aisyah kepada bapanya, sewaktu Rasulullah hidup, baginda memberikan dan menyuapkan makanan kepada seorang yahudi.

‘Kata Aisyah kepada bapanya, sewaktu Rasulullah hidup, baginda memberikan dan menyuapkan makanan kepada seorang yahudi’

Kemudian, Saidina Abu Bakar pun melawat bangsa yahudi tersebut dan menyuapkan makanan. Yahudi tersebut berasa pelik dengan cara Saidana Abu Bakar menyuapnya. Kemudian, Saidina Abu Bakar memberitahu yahudi tersebut bahawa orang yang selalu memberikannya dan menyuapkannya makanan adalah Nabi Muhamad s.a.w.Yahudi tersebut terkejut kerana dia selalu mencaci Rasulullah. Orang yahudi tersebut terus memeluk islam apabila mendengar orang yang selalu dicacinya itu adalah orang yang sama menyuapkannya makanan.

Kesimpulannya jangan kita mengasingkan diri kita dengan mereka yang selalu mencaci dan mengherdik kita. Jika ada keberanian kita dekati mereka dan layani mereka dengan hikmah bukannya dengan kekerasan dan pemulauan lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada kita.

Sekali lagi, saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua! Semoga anda diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan juga di akhirat. Salam Sejahtera.

Doakan juga Malaysia yang sejahtera untuk semua rakyat tidak mengira agama anutan.

Saufi Karim

Cetusan Revolusi 21 Jun 2009

Categories: Revolusi Malaysia · Rohani · Ucapan

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment