Home    3 Sebab Rugi Besar Beli Rumah di LRT

Assalamualaikum w.b.t  dan Hai rakan-rakan SK.com,

Lokasi Hangat Memang Dikaitkan Dengan LRT!

Berapa ramai nak tahu anda rugi besar kalau beli rumah dekat LRT? Adakah mitos yang LRT memberikan keuntungan yang tinggi kepada anda yang mahu menyewakan rumah anda? Sebenarnya, memang lokasi rumah yang berdekatan dengan LRT & MRT memang mudah untuk disewakan.

Namun ada 3 sebab anda akan rugi besar bila beli rumah berdekatan dengan LRT.

 

Sebab 1: Rumah bising dan tidak tenteram

Jika rumah anda tersebut dekat sangat dengan hentian atau stesen rail (landasan), setiap kali LRT tekan brek sebelum hentikan ‘gerabak’ bunyi bising akan menganggu anda pagi dan malam.

Tak lelap anda nak tidur setiap hari kalau asyik dengar bising saja LRT tersebut. Antara contoh rumah yang dekat dengan LRT dan tidak bising ialah ‘Sri Maya Apartment’ . Landasan LRT terletak berhadapan dengan Apartment tersebut dan tak terlalu dekat dan bersebelahan.

 

Sebab 2: Mudah untuk orang asing lalu lalang di kawasan perumahan anda

Apabila kemudahan pengangkutan mudah di kawasan perumahan anda dengan LRT, jadi banyak orang asing akan tinggal di lokasi tersebut dan ini meningkatkan masalah kecurian dan rompakan kerana kita tidak tahu siapa mereka sebenarnnya yang tinggal di lokasi tersebut.

Pastikan rumah berdekatan dengan LRT mempunyai kawalan keselamatan yang kuat. Kawalan keselamatan yang berperingkat sangat penting.

 

Sebab 3: Harga rumah berdekatan dengan landasan menjadi murah

Kalau anda nak beli rumah yang mengadap dengan LRT yang boleh menganggu ketenteraman rumah anda, dan bising, jika anda perhatikan harga rumah tersebut adalah lebih murah berbanding dengan rumah yang jauh daripada landasan LRT.

Ada baik dan buruknya, anda boleh beli rumah tersebut dengan harga yang lebih rendah dan sewakannya, cumanya harga sewa juga mungkin lebih rendah jika penyewa ‘complain’ rumah mereka sewa tersebut bising dan menganggu tidur nyenyak mereka.

 

Jadi SK harap anda dapat manfaat daripada artikel ini supaya anda boleh pilih dan tentukan rumah yang macam mana anda nak beli di kawasan LRT dan mendapat ketenteraman yang baik untuk anda sekeluarga dan juga untuk penyewa anda. 🙂

 

SK

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.