Home    70% Pembiayaan rumah ke-3 dan mengapa perlu perketatkan?

Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan rata-rata rasa payah nak buat pelaburan hartanah bagi rumah yang ke-3 dan lebih selepas institusi perbankan telah membuat polisi ini. Keadaan susah ini berlaku kerana kebiasaanya rumah pertama kita merupakan liabilit kerana kita tinggal di rumah tersebut.

Mengapa adanya polisi ini?

Untuk pengetahuan krisis ekonomi yang melanda Amerika pada tahun 2007-2008 ialah disebabkan banyak peminjam pinjaman rumah tidak dapat membayar kembali ansuran bulanan mereka kepada pihak bank yang telah memberikan pinjaman.

Apa yang menariknya, sebelum krisis tersebut berlaku, pinjaman perumahan mudah diberikan dengan syarat kelayakan yang longgar, orang panggil ‘Ninja loan’ iaitu terma kepada mereka yang boleh manipulasi pembiayaan tersebut.

Institusi perbankan negara kita sangat mengambil langkah yang sihat dimana untuk rumah ke-3 dan ke atas, anda hanya mampu membuat pinjaman sehingga 70% daripada harga jualan rumah.

bank+negara+logo

Pentingnya polisi ini

Polisi ini sedikit sebanyak membantu kewangan individu dan keluarga bagi mengelakkan daripada bebanan hutang yang tinggi. Pentingnya polisi ini untuk mengelak berlakunya ‘subprime’ seperti yang terjadi krisis ekonomi di Amerika.

Kestabilan ekonomi dapat di kawal dan kurang spekulator hartanah dengan adanya kawalan ini. Cumanya mereka yang mempunyai wang tidak terikat dengan polisi ini. Mereka boleh membuat pinjaman yang tinggi  walaupun mereka telah mempunyai hartanah lebih daripada 2 buah.

rumahku

Ingat nasihat ini

Apabila orang sedang tamak, kita mesti takut..Apabila orang sedang takut, kita boleh jadi tamak!

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.