Home    Bagaimana Kerajaan United Kingdom membantu rakyat memiliki rumah dengan modal minima?

Salam dan Hai Rakan-Rakan pembaca saufikarim.com dan pembaca PHTM.

Hari ini SK sekadar hendak membuka mata kepada pembaca maklumat yang sangat menarik. Kadang-kadang kita kena lihat persekitaran luar kita juga dalam mencari mekanisma yang membantu rakyat bawahan.

Baru-baru ini SK telah mendapat peluang pelaburan di United Kingdom, Sheffield. (Boleh email kepada Sk untuk mereka yang ada kapasit wang tunai untuk buat pelaburan).

Apa yang menariknya ialah, untuk tahun 2014, rakyat negara United Kingdom boleh mendapatkan atau memiliki rumah dengan skim yang dipanggil (Help to Buy). Skim yang sangat menarik, di mana kerajaan meraka akan membantu membayarkan pembiayaan rumah sehingga 95%. Pembeli hanya perlu membayar 5% deposit saja.

SK ada menceritakan di Malaysia juga kita boleh mendapatkan 100% pembiayaan daripada kerajaan untuk skim rumah pertamaku. Jadi sebenarnya memang masalah untuk memiliki rumah mereka masalah yang sama di kebanyakan negara. Cuma perlaksanaannya yang berlainan sikit.

Contohnya Malaysia memperkenalkan konsep rumah mampu milik PR1MA. dan PR1MA di kawal oleh kerajaan. Namun untuk skim Help to Buy ini, pemaju atau ejen hartanah boleh mendapatkan lesen sebagai ejen Help to buy.

Jadi ini memecahkan monopoli syarikat pemaju dan ejen. Keuntungan dapat diagihkan samarata. Mungkin PR1MA juga mengeluarkan tender bagi memberikan tender yang adil cuma konsep tersebut tertumpu kepada kerajaan dan kurang ‘transperancy’.

Sekali lagi, SK perlu mendapatkan info yang lebih lanjut tentang perkara tersebut, dan ini merupakan pandangan peribadi SK. Apa-apapun entri ini sekadar membuka mata pembaca untuk melihat apa yang ditawarkan di luar daripada negara kita.

Salam kasih

SK

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.