Home    Kisah ‘Pelaburan Hartanah’ Abah SK!

Permulaan

Dulu masa SK kecil-kecil SK dah faham tentang hartanah yang mana mula-mula kami sekeluarga tinggal di rumah Flat sahaja.

Abah pernah kata kat SK kita mesti bermula daripada bawah, masa itu Abah hanya mampu duduk di Flat sahaja. Saya memang tidak malu nak bagitahu para pembaca sebab itulah hakikatnya pada permulaan Abah masa itu belajar dan kemudian menamatkan pembelajaran beliau.

Kemudian Apabila Abah dah bekerja sebagai cikgu, beliau terus membeli rumah ‘second hand’ yang ketika itu berharga RM 60 ribu sahaja. Rumah teres satu tingkat yang saiz bukanya memang besar.

Renovation

SK memang sangat ingat lagi masa  rumah teres yang baru dibeli Abah sedang buat ‘renovation’ dan ya renovation memakan banyak wang.

Renovation memang memakan banyak wang jika tukang yang buat ubahsuai itu memang tidak pakar dan hanya tahu hendak wang anda sahaja

Sebab itulah seakan ada fobia untuk SK buat renovation rumah Abah yang sekarang dan Rumah SK di kemudian hari. Lebih baik beli rumah baru daripada buat ubah suai.Beli baru lebih baik lebih pus hati daripada ubah suai tak menjadi. kannn.

ProjectMainImage

Rumah Di Teres 1 Tingkat Boleh Jual dengan harga tinggi

SK dapat tahu yang rumah teres yang kami duduki itu dijual dengan harga 2 kali ganda daripada harga beli yang asal. Ketika itu Abah jual sebab masa itu kami sekeluarga berpindah dan kemudiannya Abah membuat keputusan untuk menyewa dahulu. Sewa ketika itu sangat tinggi dan projek perumahan pada waktu itu sangat sedikit. Permintaan kurang dan sebab tulah harga rumah teres 1 tingkat sangat mahal.

Haaa, itu merupakan tips, kalau dah tiada projek perumahan yang baru, harga pasaran rumah pasti meningkat kecuali rumah tersebut ada masalah. Kemudian ada lah projek yang baru muncul dan ketika itu Abah kata pinjaman di bank interest sangat tinggi dan rumah yang berharga RM170 ribu dengan pinjaman sebanyak RM 100 ribu pun bulan-bulan hampir RM900 installment setiap bulan.

Kisah yang SK ceritakan ini merupakan kisah yang SK tidak akan lupakan kerana daripada situ SK belajar yang Abah sentiasakan mahu berikan terbaik untuk anak-anaknya dapat kebahagian dan ketenangan di dalam rumah yang selesa walaupun tidak sebesar banglo.

Kata Abah, rumah selesa adalah untuk perkembangan ilmu anak-anak supaya lebih bijak, disiplin dan cekap dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima Kasih Abah dan Umi!

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.