Home    Meraikan Hari Tamat Bujang Rahim Ibrahim sambil bercuti-cuti melawat Kelantan

Pada minggu lepas SK dan rakan Sham Rahman bersama-sama membuat lawatan ke Kelantan sambil meraikan rakan di Majlis Perkahwinannya pada hari jumaat dan hari sabtu lepas.

Dah lama sangat tidak ke Kelantan, dan hampir 13 tahun kali terkahir melawat negeri Kelantan. Sampai saja di Kota Bharu, SK dan keluarga terus pergi meraikan majlis pernikahan rakan kami Rahim Ibrahim dan pasangannya yang cik mek molek.

Rahim&Pasangan

Sangat seronok dapat pergi bercuti, kadang-kadang selepas penat berhempas pulas bekerja, menghadiri kursus dan perkara-perkara serius yang lain, eloklah pergi bercutikan selepas itu.

SK juga sempat menemui seorang rakan di Pantai Timur, yang SK baru saja kenal masa di Kota Bharu tersebut. Banyak juga perkara yang dikongsikan tentang hartanah di Kelantan. Katanya ada banyak lubuk-lubuk di sana yang ramai orang tak tahu. Kalau bagi tahu di blog ni mesti ramai yang suka. Cuma benda free ramai yang tak hargai.

Kepada mereka yang nak tahu tentang hartanah di Kelantan bolehlah email SK ataupun pm SK di facebook, bagi mereka yang ada keahlian PHTM, SK akan sentiasa beri priority. 🙂

Sekian Selamat Malam

SK

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.