Revolusi Malaysia Grup in Facebook.
Suara rakyat Malaysia ke arah Malaysia baru yang lebih cemerlang. Kita sahut misi yang di telah ditetapkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri kita untuk melihat Malaysia Maju 2020.
Kita juga mahu melihat Malaysia maju seperti Negara-negara maju yang lain yang mementingkan hal-hal pentadbiran negera and negeri dengan baik. Kita mahu melihat pemimpin-pemimpin kita tidak rakus dan sentiasa memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Perubahan yang kita mahu lihat ialah gaya hidup kita yang lebih sihat dan baik . Kita mahu lihat sikap pengguna di jalan raya perlu di ubah dengan sikap yang penuh kesabaran. Kita juga mahu melihat semua rakyat Malaysia membudayakan amalan hidup sihat seperti bersukan dan beriadah.
Bagaimana untuk membuat perubahan?
1. Perbanyakkan kempen seperti amalan hidup sihat dengan sukan dan riadah.
2. Rakaman video di Negara-negara maju untuk di tonjolkan kepada rakyat Malaysia.
3. Mengadakan hari terbuka bagi setiap jabatan dan agensi yang mahu melihat Malaysia baru yang lebih baik dan berdaya saing.
4. Sentiasa mempunyai fikiran yang terbuka dan kritikal dalam penerimaan sesuatu perkara yang baru.
5. Mesti bangga menjadi Rakyat Malaysia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita semua.
‘Perubahan yang kecil akan membawa sesuatu yang besar pada masa hadapan’
‘Ask not what country can do for you, but ask what can you do for the country?’ – John F. Kennedy
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.