Cetusan Revolusi

Pupuk Kesedaran Siri 1 – Mengapa Memandu Laju? Tidak Lari Gunung di Kejar

April 11, 2009 · Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat kepada semua!

Hari ini ingin saya ketengahkan luahan hati beribu rakyat Malaysia yang mahukan rakyat Malaysia sedar tentang sikap pemanduan kita yang bahaya.

Sikap ini sering membawa bencana kepada diri sendiri serta keluarga masing-masing. Namun setiap kecelakaan boleh dielakkan jika kita sentiasa bersiap sedia.

|”Prevention is better than cure”|

Mengapa Kita Perlu Memandu Laju, sedangkan kita tahu didepan ada lampu traffik? Kita tahu didepan punya banyak kereta?

Inilah dikatakan dengan sikap! Sikap! Sikap!

Kita perlu pupuk diri kita sendiri untuk mematuhi undang-undang jalanraya. Kita boleh memandu laju tetapi mesti tidak memudaratkan pemandu lain. Senang untuk kita bicara yang kita tidak akan memudaratkan orang lain, namun pada hakikatnya apabila kita memandu, bukan kita seorang sahaja yang berada di atas jalanraya. Ada beribu umat manusia di atas jalanraya. Kita jangan pentingkan diri sendiri!

PANDU PERLAHAN, SELAMAT HIDUP ANDA!

Sistem Jalan raya juga perlu di baiki di Malaysia (Pihak kerajaan dan Kuasa Tempatan perlu menitik beratkan hal ini):-

1. Tingkatkan papan-papan tanda had kelajuan di setiap jalan termasuk jalan-jalan kawasan perumahan.

480px-speed_limit_45_signsvg

2. Perbaiki jalan berkala mengikut keperluan (bukan hanya pada pilihanraya sahaja). Kebanyakan jalanraya kita rosak dan berlubang akibat cara pembuatan yang murah dan tidak mengikut speksifikasi yang betul.

old-road Jalan Lama yang rosak

roadimagesKita mahu jalan yang baik

3. Penguatkuasaan polis yang ketat. Jangan hanya berkuat kuasa pada musim perayaan. Polis tidk boleh bertimbang rasa dengan pemandu-pemandu. Kalau boleh saman dikenakan dengan bayaran yang tinggi. Kita seru supaya kerajaan Malaysia membayar gaji kepada Institusi polis sama dengan pekerjaan professional yang lain. Polis mesti professional!

speedtrap

Ikut peraturan bukan bererti kita seorang ‘loser’ tetapi kita adalah ‘winner’. Orang yang membawa laju dan memudarat orang lain adalah sebaliknya seorang yang ‘loser’. Anda mahu jadi seorang yang ‘loser’.

Jika kita mahu pandu laju, jom kita berlumpa di litar Sepang!

Pesanan untuk Cetusan Revolusi!

11th April 2009

→ Leave a CommentCategories: Revolusi Malaysia
Tagged:

Perlukah Dua Menteri dalam sistem Pendidikan Negara kita?

April 10, 2009 · Leave a Comment

Bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai hampir 25 juta, adakah kita perlu dua menteri yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan negara kita?

Dasar pendidikan kita pada hari ini masih tidak jelas dan perkara ini yang perlu dibincangkan sedalam-dalamnya oleh menteri-menteri kabinet yang baru ‘Kabinet Rakyat’ seperti yang di uar-uarkan dalam Media Massa Pro-Kerajaan.

Sistem pendidikan kita sangatlah bercelaru dan ini mengakibatkan kucar kacir dalam mencapai kata putus untuk pendidikan negara (spt PPSMI) dek akibat tidak ada perbincangan dan penghujahan dari peringkat pimpinan dan rakyat bawahan.

Kita lihat ‘trend’ masa kini, ibubapa menghantar anak-anak ke pusat tuisyen se-awal tadika untuk memenuhi kekurangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah tajaan kerajaan.

Apa ini? Sepatutnya hujung minggu dan waktu malam, ibubapa mesti bersama-sama anak-anak kecil bagi mencurahkan kasih sayang. Bukannya di tempat-tempat tuisyen yang boleh menhidupkan perkataan ‘stress’ dalam kamus si anak kecil.

Saya teringatkan pada sebuah berita di United Kingdom , di mana Bekas Perdana Menteri England ‘ Tony Blair’ di kecam hebat kerana mengambil ‘Guru Peribadi’ untuk anak-anaknya. Ahli parlimen England mengutuk perbuatan Tony Blair dan mereka menganggapkan Tony Blair tidak percaya dengan sistem pendidikan negara mereka di bawah pemerintahannya sendiri. Lihat apa reaksi mereka!

Sepatutnya, pemimpin-pemimpin kita malu kerana tidak dapat berbuat apa-apa dengan sistem pendidikan kita malah boleh pula bertukar dari dasar bahasa kebangsaan ke dasar bahasa bangsa lain. Apabila dikecam bangsa sendiri, marah dan memperkatakan soal pengkhianat bangsa. Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa? Fikirlah sendiri.

Oleh itu, kita sarankan bahawa Pendidikan kita perlu di bincangkan sedalam-dalamnya untuk kebaikan semua rakyat Malaysia dan bukan hanya beberapa kerat pemimpin-pemimpin yang mahu mengaut keuntungan diri mereka sahaja.

Tidak perlu ada dua portfolia menteri untuk pendidikan negara. Inilah negara yang kaya dengan khazanah alam tetapi digunakan untuk kenuntungan pihak lain tetapi bukan untuk rakyat. Kita seru kepada semua rakyat supaya fikirkan perkara yang baik untuk agama, negara dan masyarakat kita.

Cetusan Revolusi!
Saufi Karim

10 April 2009

→ Leave a CommentCategories: Revolusi Malaysia

Welcome to New Cetusan Revolusi

April 9, 2009 · Leave a Comment

We will bring up the issues of how we are going to increase the awareness among Malaysian people the agenda towards a Better Malaysia. We must drive our people for our nation success in the modern world and in the modern society. Our country has been seen as one of a potential nation to become the most powerful country in the whole world. But, We need CHANGE in the most of our corrupted system in order to be the Best among the Best!

Cetusan Revolusi untuk Kita Semua!

Saufi Karim
9th April 2009

→ Leave a CommentCategories: Revolusi Malaysia
Tagged:

REVOLUSI MALAYSIA – Perjumpaan Pertama Matilda Bay, Perth 22 Mac 2009

March 22, 2009 · Leave a Comment

Selepas perjumpaan pertama kita dengan rakan-rakan se-negara, ini merupakan objektif dan matlamat kita dalam perbentukan Malaysia yang baik dan maju.

Apa sebenarrnya Revolusi yang kita mahukan?

Kita mahukan perubahan berlaku di negara kita, iaitu perubahan yang lebih baik. Perubahan dari segi aspek politik, ekonomi, sosial , psikologi dan rohani.

Perubahan untuk membentuk apa?

1. Perubahan untuk meningkatkan kualiti institusi kekeluargaan
2. Peluang perkerjaan dan gaji yang setimpal
3. Masyarakat bilang kaum yang terjamin dan di jaga baik oleh kerajaan
4. Kebebasan yang saksama untuk semua rakyat
5. Keamanan dan keselamatan yang terjamin

Apabila kita dapat simpulkan perkara ini Revolusi Malaysia dibentuk dengan 5 dasar iaitu:-

1. Keluarga
2. Pekerjaan
3. Masyarakat
4. Kebebasan
5. Keamanan

Bagaimana kita dapat menghasilkan keluarga yang baik jika ibubapa tiada masa untuk bersama-sama dengan anak-anak. Di Malaysia, kedaan keluarga yang sederhana dari segi kewangan membuatkan sesetengah ibubapa terpaksa bekerja siang dan malam sehinggakan tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Ini disebabkan pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan mereka menjadi punca mengapa mereka perlu bekerja lebih masa untuk menampung sara hidup keluarga.

Jika mereka mendapat gaji yang setimpal dengan pekerjaan mereka, maka secara tidak lansung mereka tidak perlu bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah yang secukupnya. Dan ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang sihat dan sederhana. Apabila sebuah keluarga dapat mengimbangi antara pekerjaan dan kelurga, di situlah kita dapat sebuah masyarakat yang sihat. Kesederhanaan juga penting dalam memupuk sifat syukur dan terima kasih dengan nikmat yang diperolehi.

Daripada situlah, negara kita bebas daripada belenggu dan perkara-perkara yang tidak sihat. Rakyat berpuas hati dengan system dan dapat menikmati hasil bumi negara dengan bebas dan aman. Keselamatan perlu dijaga oleh pihak keselamatan yang bertanggungjawab. Pihak keselematan seperti institusi polis dan tentera perlu diiktiraf dan di bayar dengan gaji seperti pekerjaan professional yang lain. Mereka merupakan institusi integriti negara yang mesti di angkat martabat sebagai sebuah pekerjaan yang professional. Ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermoral seperti pengambilan rasuah. Jika kita angkat martabat mereka maka tidak lansung keselamatan negara dapat dicapai dengan adanya Institusi Integiriti yang digeruni dan dipercayai dapat menjaga rakyat dan negara.

Kesimpulannya, kesedaran dalam diri perlu dipupuk oleh setiap rakyat Malaysia masa kini untuk kita capai matlamat lima dasar untuk Malaysia yang lebih baik iaitu Keluarga, Pekerjaan, Masyarakat, Kebebasan dan Keamanan. Kita seru kepada rakan-rakan supaya kita berdoa suatu hari nanti kita capai Revolusi Malaysia dan maju 2020.

Saufi Karim
22 Mac 2009

→ Leave a CommentCategories: Revolusi Malaysia

Melayu Perth dan Melayu Manchester – Kisah Kembara Anak Melayu – Pendahuluan

January 28, 2009 · Leave a Comment

Dahulu sebelum aku ke Manchester pada tahun 1997, aku hanya mengetahui nama Bandar Manchester itu melalui kelab bola sepak. Itupun hanya kerana pernah terlihat dikedai sukan yang menjual jersi bola mereka. Tidak terbayang pada ketika itu yang aku akan menjejakkan kakiku di Manchester yang sungguh dingin walaupun tika itu hanyalah baru masuk musim luruh.
Bandar Perth, aku kenali setelah aku ditempatkan untuk meneruskan pengajian sarjana muda ku. Waktu itu, nama Perth ini sangat janggal bagiku kerana pengetahuanku tentang benua Australia ini amatlah cetek. Namun, setelah beberapa tahun di Perth, banyak yang aku pelajari dan teladani seperti mana aku berada di Manchester dahulu.
Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara Manchester dan Perth ini. Seperti kata Laksmana Hang Tuah dulu kala ‘ Takkan Melayu Hilang Di Dunia’. Satu bangsa yang bernama Melayu ini ada di kedua-dua destinasi yang aku diami untuk beberapa tahun. Apa yang berbeda pada ketika aku di Manchester aku menjalani kehidupan bersama-sama keluargaku dan hanya bersama rakan-rakan seperjuangan di Perth.
Melayu ini satu bangsa yang menarik untuk di bicara kerana dengan sifat dan tingkahlaku bangsaku kadang-kadang mencuit hatiku ini. Jikalau di Malaysia, sibuk diperkata tentang ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Survival Melayu’. Namun pada hakikatnya Melayu ini tidak punyai apa-apa tanpa agama. Kita singkap sejarah Parameswara, bagaimana Melayu ini muncul sebagai tempat dagangan import dan eksport terkenal sekitar tahun 1500 masihi. Ketika itu bahasa melayu itu sendiri menjadi Lingua-Franca semua bangsa di seluruh pelusuk dunia.
Dalam kisah, ini ingin aku bicara tentang sikap dan tingkahlaku bangsa Melayu di luar negara mengikut kaca mata seorang pelajar. Aku meneruskan pengajian menengah aku di Manchester ketika berumur 11 tahun dan meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda pada umur 22 tahun. Kisah ini juga akan diselitkan dengan sistem-sistem di United Kingdom dan Australia yang patut dicontohi dan dipraktikkan dalam Kerajaan Malaysia sekarang ini supaya kita lebih berdaya saing dan dinamik. Sistem dalam pentadbiran, pendidikan serta suasana dan aktiviti masyarakat itu sendiri.

bersambung…

→ Leave a CommentCategories: Novel
Tagged:

WAPEC Inc. 2008 Photo Album promotion

September 23, 2008 · Leave a Comment

Wisdom Innovation & Creativity (W_I&C) has published a photo album for WAPEC Inc 2008. This will be sell to Wapec’s members and friends (obviously to those whom have their photos in this album) in WA or any other states. Everyone across Australia should get this limited edition album.

Price is AUD19.99 per album.

Buyer outside WA will be charge AUD 5 for postage.

3 step to get this photo album.

1. You must pre-order

2. Pay to the respective person

3. You’ll get the copy

Use Paypal or pay cash.

Example of the photo album with the soft cover ( 8 x 6 in ) Medium sized and 20 pages.

COVER PAGE

WAPEC Inc. 2008 Photo Album Copyright >  click to see full photo album

Click to Pay with Paypal or Credit Card

Please leave any comment.

→ Leave a CommentCategories: Jualan · WAPEC

Kad Raya UWA. Dapatkan segera!

September 19, 2008 · Leave a Comment

Harga runtuh 99 sen sekeping

10 keping dgn harga $8.99

Dapatkan segera!

→ Leave a CommentCategories: Jualan
Tagged:

Mengenang Peristiwa Ramadan ‘PEPERANGAN Al BADR’

September 19, 2008 · Leave a Comment

Satu program mengenang peristiwa Ramadan ‘PEPERANGAN Al BADR’ akan diadakan:

Tempat: room G202 social sciences building, UWA (rujuk peta)
Tarikh: 20 September 2008
Masa: 10.30a.m. – 2.00p.m.

Mengapa BADAR?

Terdapat banyak pengajaran di dalam kisah Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan, Tahun 2 Hijrah dan adalah rugi jika kita tidak dapat menerapkannya dalam kehidupan kita. Tarikh keramat 17 Ramadhan adalah satu ulang tahun kejayaan yang tentunya menjadi kenangan manis kepada seluruh umat Islam sejagat. Tarikh di mana bertembungnya dua pasukan yang mempunyai dua visi yang berlainan ; satu pihak ingin mencari keredhaan Allah SWT manakala satu pihak mencari keredhaan dunia. Allah SWT ternyata menyebelahi hamba-hambaNya yang sabar dengan menurunkan pertolongan yang tidak sama sekali terduga oleh akal manusia. Nyata sekali betapa besarnya kudrat manusia, jika berdepan dengan kekuatan taqwa dan iman, ia terlalu rapuh dan terlalu mudah untuk ditewaskan. Oleh itu, program ini dirangka agar kita dapat meningkat keimanan kita kepada Allah melalui kisah-kisah nabi.

Klip Promosi “Peperangan AL Badr”

“Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi.”    (Nabi Muhammad saw)

p/s: digalakkan utk menyatakan kehadiran anda melalui balasan email

email to: miarasigheart04@yahoo.com

Kelolaan FAMSY

→ Leave a CommentCategories: Rohani - Ramadhan

SPE Asia Pacific Oil & Gas Conference and Exhibition 2008 in Perth

September 19, 2008 · Leave a Comment

Hi guys, In conjuction with the SPE Conference in Perth , I would strongly recommend for you guys who doing Petroleum Engineering, Chemical Engineering or any related studies to join and participate in this conference coming October. Its free for students and its complimentary basis.

____________________

As WAPEC’s members, I recommend all high committee and members to be involved in this such events. It is good to see young engineer wannabe like us to participate in this events to develop your skills in interaction and networking with the engineers out there.

____________________

Easy procedure and very simple.
____________________
1. Fill up the Advance Registration Form and here is the sample Sample form
2. Then e-mail to jchong@spe.org
Hope to see you guys there.
____________________
SPE Asia Pacific Oil & Gas Conference and Exhibition
20-22 October 2008 * Burswood Convention Centre, Perth, Australia
REGISTER NOW!
Conference theme “Gas Now: Delivering on Expectations
Conference highlights include:
  • Keynote presentations by Satish Pai, Vice President, Worldwide Operations, Schlumberger; Nafez Bseiso, Senior Executive, RasGas Company Limited; Roy Krzywosinski, Managing Director, Chevron Australia Pty. Ltd., and Don Voelte, Managing Director and Chief Executive Officer, Woodside Energy Ltd.
  • Topical Luncheon presentations by Ian Tchacos, Managing Director, NEXUS Energy Ltd., Peter Botten, Managing Director, Oil Search Ltd., and John McCreery, Director, Booz & Company.
  • Panel Sessions – “Implications of Climate Change“, “Managing Carbon”, “Making Gas Mega Projects Work”, and “High Price, High Cost”.
  • Over 80 technical papers to be presented over the 3 day period, with technical sessions in gas technology; enhanced hydrocarbon recovery; smart wells; business risk management; rock and fluid characterisation; drilling; HR and HSE; completions; CCS active projects; facilities and operation; gas supply; model based characterisation; integrated gas opportunities; stimulation; CCS in CO2 gas fields; surface and subsurface integration and optimisation; subsea facilities technology; sand face challenges; risk and stewardship; reservoir characterisation and field monitoring; improved hydrocarbon recovery, knowledge management; and unconventional energy.
  • Exhibiting companies displaying the latest technologies and innovations.
  • Social events - ice breaker reception, happy hour, conference dinner and golf tournament.
  • Young Professionals Workshop and Education Day
Online registration and conference information is available at:
For more information, please contact SPE Asia Pacific Office (Kuala Lumpur)
Tel. 60.3.2288.1233; Fax. 60.3.2282.1220; E-mail. jchong@spe.org

→ Leave a CommentCategories: SPE

Ramadhan Kareem

September 8, 2008 · Leave a Comment

I wish a blessed ramadhan to me, my families, my special one and to all of you. Hope we could always enhance our ibadah to Allah s.w.t. in this blessing month.

<picture from senikehidupan.com>

→ Leave a CommentCategories: Rohani - Ramadhan