Home    Reviu: Ada apa dengan Semenyih?

Saya pohon jangan membuat sebarang anggapan tentang sebuah pekan yang bernama Semenyih sebelum anda membaca apa yang bakal saya utarakan di dalam artikel ini.

Sekarang ini saya sendiri pun tinggal di pekan bernama Semenyih. Taman di mana saya tinggal ialah Bandar Sunway Semenyih. Bandar Sunway Semenyih terletak di sempadan Bandar Kajang dan Pekan Semenyih. Istimewanya taman ini ialah kerana lokasinya yang terletak diantara hiruk-pikuk Bandar Kajang dengan Pekan Semenyih yang kurang terkenal.

Jom kita mula bicara tentang Semenyih….

Kita mulakan dengan nama Semenyih. Nama “Semenyih” adalah berasal dari dialek Negeri Sembilan yang bermaksud “tersembunyi”. Sesungguhnya memang pekan Semenyih ini tersembunyi, ramai yang kurang arif tentang kewujudannya. Selalu bila saya katakan kepada kawan-kawan yang saya tinggal di Semenyih, ramai yang akan ternganga dan berkata “Jauhnya, kenapa tinggal situ?”. Sebenarnya Semenyih tidaklah terlalu jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Jaraknya hanyalah sejauh 33.7 kilometer dari KLCC(Kuala Lumpur City Centre). Tanpa sebarang kesesakan lalulintas, perjalanan ke Kuala Lumpur dari Semenyih akan mengambil masa kurang setengah jam.

Pekan bertukar ke Bandar

Pekan bertukar ke Bandar

Keadaan Semenyih masih lagi seperti sebuah pekan kecil, masih terpelihara, masih dara. Tetapi saya menjangkakan yang keadaan tersebut bakal berubah dengan deras.  Semenyih tidak lagi “tersembunyi”. Kawasan di hadapan Bandar Sunway Semenyih telahpun dinaiktaraf menjadi kawasan komersial. Jalan Semenyih, jalan yang menghubungkan Bandar Kajang dan Pekan Semenyih akan lebih sibuk dari biasa. Kedai-kedai dua tingkat telahpun siap dibina dan mungkin akan beroperasi tidak lama sahaja lagi.

Kawasan pekan Semenyih sendiri sebenarnya sudah bertambah maju. Begitu banyak bangunan baru dibina. Bangunan kedai MARA di pusat pekan Semenyih sedang dinaiktaraf menjadi bangunan baru kedai dua tingkat. Sebuah pusat perhentian bas yang baru telahpun dibina dua tahun lepas. Kawasan komersial di keliling dan berdekatan dengan pusat perhentian bas tersebut telah meningkat maju dengan mendadak. Kawasan yang dulunya agak terpinggir telahpun begitu maju. Pekan minggu di kawasan berdekatan juga selalu sesak dengan pengunjung apabila tiba hujung minggu.

Di kawasan sebelah selatan pula, Pasaraya TESCO telah dibina. Banyak taman-taman perumahan termasuk Taman Pelangi Semenyih yang terkenal telah dimajukan berdekatan kawasan ini. Kawasan komersial berdekatan telah begitu maju. Banyak bank-bank baru telah mendirikan cawangan mereka di kawasan ini termasuk Bank Islam Malaysia.

Jalan Semenyih yang menghubungkan Kajang dan Semenyih juga telah begitu pesat membangun dengan kawasan komersial dan perumahan yang giat dibangunkan disekitar atau berdekatan dengan jalan tersebut. Begitu juga dengan jalan lama ke selatan yang menghubungkan Semenyih dengan Beranang, Mantin, Nilai dan Seremban. Perubahan ketara begitu memuncak di sekitar jalan tersebut.

Akses ke Semenyih juga telah bertambah dengan ketara. Kajang Silk yag menghubungkan Kajang dan Putrajaya begitu dekat dengan Semenyih. Lebuhraya LEKAS pula memudahkan akses ke selatan terutama Seremban. Banyak lagi lebuhraya lain yang menghubungkan Semenyih dengan Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Sungai Long dan sebagainya. Cadangan pembinaan MRT pula pasti merancakkan lagi pembangunan di Semenyih dan kawasan sekitarnya. Stesen-stesen MRT yang bakal dibina akan hanya mengambil masa kurang 15 minit dari Semenyih.

The Edge City&Country

Ada apa lagi dengan Semenyih?

Banyak, pasti banyak lagi rahsia Semenyih.  Sham Rahman akan berkongsi dengan anda di laman sesawang saufikarim.com.my untuk bahagian 2 rahsia Semenyih! Nantikan

sumber: http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/8830-cityacountry-cover-story-semenyih-attraction.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.