Home    Reviu: Mansion Park Cyberjaya tawar 10% diskaun , beli rumah anda dengan tanpa modal?

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar anda pada hujung minggu ini? Sihat? Bagus!

Dah lama sebenarnya SK tidak buat reviu pada tahun ini. Ini merupakan reviu pertama pada tahun 2013 ini memandangkan bulan ini genap setahun blog saufikarim.com. Cukup teruja dan bersemangat untuk meneruskan usaha memberikan reviu yang terbaik untuk anda.

Mansion Park Cyberjaya

Sebuah ‘Mansion’ untuk anda duduki dengan susana yang cukup tenang di Bandar Satelit Cyberjaya. Ini bukan untuk buat Pelaburan, ini lebih kepada rumah ku syurgaku!

” Ini bukan rumah pelaburan dan mahu kaut keuntungan, ini Rumahku Syurgaku! “

mansionpark

 

Lokasi Mansion Park Signature Villas

Lokasinya terletak berdekatan dengan Cyber Height Villa dan juga berdekatan dengan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Ianya terletak berdekatan dengan tasik putrajaya. Sebuah lokasi yang sungguh tenang dan sangat sesuai untuk mereka yang mahukan suasana yang aman dan tenteram setiap pagi.

lokasi_mansionpark

 

Beli Rumah Tanpa Modal?

Pemaju Country Height menawarkan 10% diskaun dan ini memungkinkan anda membeli rumah anda dengan tanpa modal. Bagaimana perasaan anda jika anda beli rumah dan terus untung dan jimat sehingga RM150,000. Syokkan?

Info Projek

Harga rumah bermula dengan harga RM1.5 juta dengan anggaran 4000 kaki persegi. Mansion Park Signature Villa menawarkan rumah link teres yang mempunyai 3 tingkat dan SK dah lihat pelan rumah dan terdapat 3 jenis pelan.

Pelan pertama terdapat 4 bilik dan pelan ke-2 dan ke-3 terdapat 5 buah bilik dan termasuk Ruang Keluarga di tingkat 1 dan Tingkat 2.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi dan email di info@pelaburanhartanahtanpamodal.com supaya kami boleh bantu anda.

 

Rumahku, Syurgaku

Saufi Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.