Home    Soal dan Jawab Panas: Bagaimana saya mahu jual rumah saya dan suami saya?

Soal & Jawab Panas.

Salam dan kepada rakan-rakan SK.com

Baru-baru ini saya mendapat soalan yang saya rasa sepatutnya saya tak kongsikan. Tetapi memandangkan kadang-kadang perkara ini akan terjadi dan kita tidak tahu bila akan terjadi.

Soalannya begini, Cik Puan yang bertanya nak tahu bagaimana beliau nak jual rumah beliau dan suami beliau? Dan buat masa ini suaminya memang berkeras untuk taknak jual.

3 tip yang Sk boleh berikan ialah:

1. Berbincang dengan elok

Beritahu kepada suami yang dengan menjual rumah tersebut, akan mendapat wang tunai dan boleh ‘move on’ untuk buat pelaburan yang lain ataupun dijadikan simpanan untuk menunaikan haji. Tunjukkan kelebihan-kelebihan dan keburukan-keburukan setelah menjual rumah tersebut. Ambil kira kedua-dua buruk dan baik. Jika baiknya lebih kepada menjual, jadi selesai satu masalah.

2. Berikan fakta-fakta bukan emosi

Setiap kali untuk menang dalam perbincangan, kita berikan fakta-fakta yang membuka mata dan perkara ini tidak perlu sehingga bertekak. Cukuplah hanya untuk bercakap secara bersahaja dan sambil itu membuka mata dan minda serta hati. 🙂

3. Tunjukkan Keuntungan Jika Menjual

Jika ada kiraan-kiraan yang bernombor ini, ianya akan mengukuhkan fakta-fakta yang kita sedang bincangkan. Kita ini manusia dan jika fakta disertakan nombor, ianya menambahkan keyakinan pada orang yang mendengar hujahan kita.

In sha Allah. Moga puan yang bertanya dan para pembaca SK.com beroleh manfaat.

 

Terima Kasih

SK

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.