Home    Soal & Jawab Panas: Takut jika peguam tipu saya!

Salam rakan-rakan pembaca Saufikarim.com,

Lama tidak bersoal jawab bersama SK ya. Alhamdulillah semalam ada soal dan jawab dengan SK setalah seminggu lebih SK berada di luar Malaysia. SK berada diluar Malaysia atas urusan bisnes dan pelaburan hartanah juga. 🙂

Soalannya berbunyi begini,

Kepada SK,

Saya hendak buat pembelian rumah secara tunai dan saya ragu-ragu betul ke pihak peguam akan memberikan wang selebihnya kepada Penjual setelah di tolak hutang mereka di bank yang di pinjamkan untuk pembelian rumah mereka tersebut?

Ini kerana saya tidak yakin dengan cara ini, dan adakah ini prosedur yang betul? Saya takut kalau-kalau kena tipu oleh peguam?

K (bukan nama sebenar)

Jawapan:

Sebenarnya memang itulah prosedurnya. Memang peguam akan membantu membuat dan berkomunikasi dengan peguam pihak bank untuk melangsaikan baki pinjaman yang ada daripada pihak penjual.

Selebihnya, peguam akan membayar kepada penjual mengikut perjanjian jual beli yang telah di tetapkan dan di persetujui bersama encik dan penjual.

Beberapa tips yang SK  boleh berikan ialah, dapatkan peguam yang betul-betul pakar dalam bidang hartanah. Ini akan mnegurangkan kerisauan anda terhadap peguam dan perjanjian jual beli yang telah dimeterai bersama.

Selamat Melabur dan semoga bergembira pada hujung minggu ini.

 

Saufi Karim

p/s: Pada Seminar WTF kami akan berikan contoh-contoh peguam yang layak untuk anda ambil untuk bantu anda beli rumah dengan tanpa ragu-ragu. Daftar segera untuk seminar WTF bersama Faizul Ridzuan di SINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.