Home    Top 10 Soalan PEDAS dan PANAS Tentang Pelaburan Hartanah

Assalamualaikum wbt.

Sejak setahun yang lalu, terdapat pelbagai persoalan-persoalan tentang Pelaburan hartanah yang telah di ajukan kepada SK. Ada yang SK sempat balas, dan ada yang tidak berkesempatan untuk balas.

Rata-Rata persoalan yang di ajukan adalah seperti di bawah:-

soalan-albert-einstein

Soalan Top No. 10

Apakah lokasi yang baik untuk saya buat Pelaburan Hartanah? Boleh ke SK beritahu saya?

Ini memang soalan yang sangat popular dan SK dapat rasakan memang kebanyakan orang akan tanya soalan yang macam ini disebabkan mereka tiada masa untuk membuat kajian yang kadang-kadang memang memakan masa.

 

Soalan Top No. 9

SK, saya nak beli rumah tapi komitmen saya tinggi? Bagaimana SK, boleh ke saya beli rumah tanpa modal?

Okay memang soalan ini banyak gila pembaca SK.com tanya. Kadang-kadang susah juga nak jawab sebab kalau komitmen dah sangat tinggi, dah tak boleh buat apa. Sama je untuk SK juga, kalau dah komitment tinggi, susah nak buat permohonan bank, kecuali anda jana dan tambahkan aliran tunai positif anda (Cashflow Positif).

 

Soalan Top No. 8

SK, betul ke boleh beli rumah tanpa modal?

Bolehlah dikatan soalan yang sangat banyak di tanya, ini mungkin disebabkan gara-gara ebook SK yang berjudul belilah rumah tanpa modal yang kebanyakan orang kata ini bukan rahsia lagi sebab ramai yang dah buat. Tapi ramai juga yang tanya SK, sebab ramai juga yang baru nak buat.

 

Soalan Top No. 7

Saya memang nak sangat beli rumah tetapi saya tak tahu macam mana nak mulakannya. Apa yang perlu saya buat SK?

Jawapan kepada soalan ini memang mudah, Pertama buat kajian di laman-laman forum yang terkenal seperti propertywtf. Cumanya kena tahu skill untuk filter maklumat dan info yang ada. Keduanya, pergi ke salesgallery dan buatlah latihan membeli rumah kat situ. Salesgirl yang cun-cun memang akan membantu anda untuk membuat pilihan membeli rumah.

 

Soalan Top No. 6

SK, saya tak fahamhlah dengan freehold dan leasehold ini? Apakah kesannya kepada saya yang bumi dan macam mana pulak non-bumi ini.

Soalan ini memanglah sangat popular, dan suka SK nyatakan, selalunya harga rumah Freehold ini memang cepat naik harganya berbanding dengan Leasehold. Freehold ini kalau direct translation maksudnya Pegangan Bebas. Jadi bebaslah anda nak jual ke , nak simpan ke atau nak buat sewa/homestay/guesthouse.

p/s: Lubuk pelaburan hartanah di Kelantan yang SK dapat tahu hari itu, ialah hartanah yang mempunyai pemilikan Freehold!

 

Soalan Top No. 5

Saya ada rumah bertanah di lokasi ini (nama lokasi rahsia ) dan saya ada rumah apartment di lokasi yang berlainan. Namun, rumah yang bertanah ini sewanya merugikan saya, dan apakah patut saya tinggal di rumah bertanah dan sewakan rumah apartment saya, sebab harga sewa rumah apartment itu memang tinggi,

Jawapan SK ialah, awak rasa macam mana? Jika SK, SK sewakan apartment tersebut dan duduk saja kat rumah yang bertanah tersebut. Atau jual saja rumah bertanah dan carilah rumah yang lain yang boleh beri lebihan pendapatan.

 

Soalan Top No. 4

Bolehkah rumah yang bakal saya beli tersebut akan naik harganya dan boleh ke menyewakannya?

Jawapannya, boleh dan tidak boleh. Satu, lokasi yang banyak permintaan memang boleh disewakan dengan mudah. Tetapi untuk kenaikan harga, SK boleh jamin tiada seorang pun boleh tahu berapa kenaikan harga sesebuah rumah setelah setahun atau 2 tahun berikutnya.

Kita bukannya penilik nasib dan ramalan. Cuma kita boleh tengok sejarah peningkatan harga sesebuah  hartanah mengikut lokasi. Itu saja yang boleh di lakukan.

 

Soalan Top No. 3

Saya nak beli rumah teres dan tidak mahu dan bosan duduk di rumah flat yang persekitaran yang kurang baik untuk pembesaran anak-anak. Macam mana SK?

Soalan ini memang susah sebenarnya untuk SK jawab, cumanya kalau dah rasa bosan macam tu, perlulah bekrja keras untuk menjayakan impian duduk rumah teres bertanah demi keselesaan anak-anak.

 

Soalan Top No. 2

SK, saya dah kena blacklist tolonglah saya, macam mana untuk saya beli rumah!

Jawapan: Jeng-jeng (Tunggu)

 

Soalan Top No. 1

SK boleh ke saya yang gaji RM2000.00 kebawah ini beli rumah?

Jawapan: Jeng-Jeng ( Tunggu)

 

Berapa ramai nak tahu Jawapan untuk Soalan Top No. 2 dan Soalan Top No. 1?

Say I.

 

p/s: Berapa ramai yang Zero Knowledge dan mahu jadi hero dalam Pelaburan Hartanah? Sertai Sarjana hartanah WTF bersama Faizul Ridzuan? Info lanjut Di SINI 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.